REMAJA


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Assalamualaikum


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, April 30, 2011

Makmum Masbuk

 
APA ITU MASBUQ? 
Masbuq: seorang ma’mum yang tidak sempat
berjemaah semasa berdiri imamnya dan tidak
mendapat masa yang cukup untuk membaca Al-
Fatihah bersama Imam. Ini disebabkan Imam
telahpun rukuk atau hampir-hampir rukuk
kemudian ma’mum tadi masuk ke saf
sembahyang berjemaah


Hukum Makmum Masbuq
Ma’mum yang masbuq hukumnya dimaafkan
meninggalkan bacaan fatihah, kerana fatihah
yang belum dibaca atau sempat dibaca
sebahagian sahaja oleh ma’mum itu dikira
semuanya ditanggung oleh imamnya.
Dari Sahal bin Saad r.a bahawasanya Nabi SAW bersabda:
“Imam yang menanggung pembacaan, apabila baik bacaannya
maka pahalanya untuk dirinya dan untuk mereka (ma’mum), dan
jika rosak bacaannya maka dosanya di atas dirinya sendiri dan
bukan atas mereka”.
(hadis riwayat Ibnu Majah dan Hakim


CONTOH DAN GAMBARAN MASBUQ 
ma’mum itu pada mulanya dia adalah muafiq,
di dalam menunaikan peraturan-peraturan
solatnya ia terlewat, belum sempat ia berdiri
tiba-tiba imam telah rukuk atau hampir rukuk,
hukum ma’mum itu ialah orang masbuq. Jika
ia sempat qiam dan terus rukuk sebelum
imamnya bangkit daripada rukuk maka ia
mendapat rakaat itu, dan diamaafkan dia
meninggalkan bacaan fatihah.

No comments:

Post a Comment