REMAJA


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Assalamualaikum


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, February 25, 2011

Bintang Muda Kelahiran Kelantan Berbakat

Tahniah Kelantan berjaya mengekalkan kedudukan di tempat teratas Liga Super setakat ini.Fokus perbincangan ini ialah Kelantan mempunyai pemain muda yang begitu bersinar dalam skuad Harimau Muda A.Pembangunan bola sepak di Kelantan seolah-olah sudah berjaya dengan lahirnya pemain muda yang berbakat seperti

Penjaga gol Kelantan dan kebangsaan,Khairul Fahmi Che Mat
 Pemain Harimau Muda A berasal dari Tanah Merah,Kelantan.Sekolah rendah sekali denganku,Sk Sri Suria 1.Kalau tak silap,dia darjah 6 saya darjah 3.Syahrul Azwari Ibrahim
Dan penjaring gol pertama ketika Kelayakan Olimpik Malaysia vs Pakistan,Wan Zaharulnizam Wan Zakaria
Semoga Kelantan dapat melahirkan ramai lagi pemain yang berbakat demi kemajuan bola sepak Kelantan dan Malaysia.Majulah Sukan Untuk Negara.GOMO KELATE GOMO

Monday, February 14, 2011

Berakhirnya Merentas Desa 2011


Setelah melalui selama 3 hari latihan yang cukup menyeksakan,para pelajar SMKA Wataniah,Machang akhirnya berjaya menamatkan pertandingan Merentas Desa Peringkat Sekolah bagi tahun 2011.Kekuatan pelajar dapat dilihat melalui semangat yang ditunjukkan bermula daripada dilepaskan oleh Pengetua sehinggalah sampai ke garisan penamat dengan disambut sorakan gemuruh daripada pelajar lain.Aktiviti ini merupakan pengalaman yang paling berharga buat pelajar.Antara wajah-wajah pelajar yang berjuang sehingga ke garisan penamat:



                                                                                    
Diharap kejohanan sebegini dapat diteruskan untuk mengimbangi antara sukan dan akademik.Majulah Sukan Untuk Negara.

Friday, February 11, 2011

Maulidur Rasul 1432h



Tinggal 3 hari saja lagi kita akan menyambut Maulidur Rasul bagi tahun 1432h.Sungguh ternanti hati ini untuk menyambutnya.Tetapi jangan dicemarkan Maulidur Rasul dengan perkara yang menjadi kebimbangan iaitu Valentine Day yang tiba sehari sebelum Maulidur Rasul.Marilah sama-sama kita berselawat kerana ada manfaat nya.Sabda Nabi saw : “Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali nescaya Allah Ta’ala berselawat ke atasnya 10 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 10 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 100 kali.Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 1000 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 1000 kali, nescaya ia tidak disentuh api Neraka”.

Akhirnya Mesir Bebas



Akhirnya Mesir telah bebas daripada cengkaman Hosni Mubarak yang begitu susah untuk mendengar suara rakyat.Beliau ingat dengan membuat keras kepala selama ini akan menyelesaikan masalah yang dihadapi.Hosni Mubarak juga telah menyebabkan negara yang mempunyai rakyat di Mesir.Malaysia telah menghabiskan banyak tenaga dan wang kerana untuk mengelakkan rakyat terbabit dalam konflik.Terima Kasih PM.Tepat jam 12.00 tengah malam(waktu Malaysia) akhirnya Hosni Mubarak meletak jawatan
Pengumuman yang dibuat oleh Naib Presiden, Omar Suleiman di televisyen secara langsung disambut dengan gegak-gempita suara dan laungan gembira penunjuk perasaan di Dataran Tahrir dan seluruh Mesir.Penunjuk perasaan mengibarkan bendera, bersorak dan berpelukan selain ada yang menitiskan air mata di Dataran Tahrir serta melaungkan ‘Allahu Akbar’ sebaik mendengar pengumuman itu.

Thursday, February 10, 2011

Merentas Desa



Ahh letihnya bila dengar perkataan merentas desa tetapi sudah menjadi hakikat bagi semua pelajar untuk menjyakan misi yang diidamkan kerajaan iaitu 1Murid 1Sukan.Terpaksalah sabar menghadapi ujian ini.Bagi diriku yang bersaiz L,terasa jugak terlalu berat untuk menjalankan aktiviti ini.Hari pertama latihan aduih letih sangat sampaikan tertidur.Pagi belajar,petang merentas desa dan malam kelas tambahan.Sanggup memeritkan bagi seorang pelajar yang akan menghadapi PMR 2011.Tetapi diriku berpegang kepda kata-kata ini.'Tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu.Jika aku diberi peluang untuk tidak bertanding mesti akan ku segera tarik diri

Thursday, February 3, 2011

Memori 2 Mutanabbi SMKAW 2010

Hayatilah video ini yang gambar diambil sepanjang tahun untuk tontonan ramai.Video ini dibuat atas tujuan persahabatan.Di sini berlaku pelbagai kejadian yang melibatkan kegembiraan,kesedihan dan perpisahan Hargailah kawan anda

Wednesday, February 2, 2011

PROTES MESIR JADI KEBIMBANGAN


Rakyat Mesir kini dirundung ketakutan kerana konflik di negara itu menjadi semakin membahayakan. Adakah mereka fikir dengan ketegangan yang dicetuskan boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi negara bergolak itu?Fikiran mereka seolah-olah anak-anak yang hanya mengerti bergaduh apabila mahu menyelesaikan sesuatu masalah.Mereka mungkin berfikir bahawa Hosni Mubarak seperti Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali yang mudah mengalah kepada rakyat.Mereka sepatutnya mengambil jalan mudah dengan bersemuka dengan Hosni Mubarak supaya perkara ini tidak berlanjutan.Jadi,mereka perlu sedar bahawa mereka masih mampu untuk bangkit menetang perkara yang salah.Ingatlah anda mesti berjuang untuk membuktikan Muslim adalah seorang yang mampu melakukan transformasi.

 

Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa




Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji.Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.

Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from e-Fuse)

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a mid-afternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.'

Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan.

Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)

Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

(Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)