REMAJA


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Assalamualaikum


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, December 28, 2010

Sekolah Kembali.........

Tidak kurang seminggu dari sekarang musim persekolahan bakal bermula.Kesibukan persekolahan memang diakui oleh semua orang tidak kira tua atau muda.Tetapi apa yang menimbulkan keresahan di sanubari ibu bapa ialah YURAN.Perkara yang sentiasa menjadi igauan apabila bermulanya waktu persekolahan.Setelah kehabisan wang  semasa membeli peralatan dan uniform sekolah,kini tiba pula yuran.Mujurlah kerajaan begitu prihatin dengan keadaan rakyat.Agak menyusahkan juga apabila anak mereka akan menduduki ujian seperti UPSR,PMR dan SPM.Yuran prestasi yang cukup membebankan.Perkara ini akan membuatkan menjadi seorang yang tidak boros semasa membeli.Mampulkah untuk menanggung perbelanjaan harian?Patutlah Islam menggalakkan kita supaya tidak berboros dalam berbelanja.Islam agama yang cukup indah.Jadi jadikanlah Islam sebagai panduan hidup kita untuk memandu kita ke arah hidup bersyariat.

Wednesday, December 1, 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru 1432h

Tidak kurang seminggu dari sekarang,tahun baru 1432h akan tiba.Kalau dah tahun baru,maka pelbagai persiapan dan azam yang difikirkan untuk menjalani tahun baru yang dijangka lebih mencabar dengan era kemajuan kini.Tapi kita perlu sentiasa uploadkan iman,download program Al quran,install anti iblis,tambahkan ram keimanan supaya kita tidak tidak hanyut dibuai arus  kemodenan.Sebelum kita menghadapi tahun baru,berdoalah sebelum sampai akhir tahun.
DOA AKHIR TAHUN


DOA AWAL TAHUN
   Semoga hidup kita terus diberkati samada pada tahun ini atau tahun lepas.Salam Maal Hijrah.Assalamualaikum

Thursday, November 25, 2010

Remaja:Pemimpin atau Perosak

Assalamualaikum.Sering meniti dari bibir kebibir amnusia tentang masalh ynag melanda remaja.Pelbagai usaha yang telah diusahakan oleh kerajaan untuk melahirkan Remaja berperwatakan pemimpin.Baru-baru ini,telah berlansungnya Persidangan Wanita Pertama Negara.Antara fokus utama persidangan ini ialah menjadikan remaj itu pemimpin di masa hadapan.Tetapi  kalau diteliti dengan cara hidup globalisasi ini,mungkin impian itu akan sedikit terpesong dek  kerana sikap remaja.Ini adalah kerana,remaja sudah mepunyai hala tuju masing-masing.Segala tunjuk ajar dewasa tidak diendahkan.Remaja kini lebih suka melepak,melakukan kerja yang tidak berfaedah dan sebaginya.Mereka tidak suka mendekati tempat yang boleh meningkatkan daya kepimpinan mereka seperti menyertai pertandingan dan juga kursus kepimpinan.Selain itu,jika ingin meluahkan pendapat mereka lebih minat menggunakan laman sosial seperti facebook dan twitter.Ini akan menunjukkan betapa ceteknya pemikiran mereka.Inikah yang dikatakan seorang yang berani?Padahal mereka seorang yang pengecut.Selain itu,perkara yang menjadikan pelajar itu tidak layak digelar pemimpin adalah kerana mereka suka bersembunyi.Maksud bersembunyi dalam perspektif perbicangan ini ialh lebih suka mendiamkan diri apabila diadakan pertandinagn samada di peringkat sekolah,daerah,negeri dan juga nasional.Hanya pelajar yang berkeyakinan tinggi mampu untuk melaksanakan impian untuk menjadi seorang pemimpin yang unggul.Namun,pelajar seperti ini akan dipandang rendah di kalangan kawan.Tetapi harus diingat bahawa pelajar seperti ini sebenarnya digeruni oleh orang lain.Pelajar yang menghina pelajar yang lebih suka berceramah,memberi motivasi dan menasihati adalah seorang yang sudah tidak berpijak di bumi yang nyata.Jadi patutlah mereka hanya menjadin perosak di sekolah.Adakah cita cita kerajaan akan berhasil?Ya saya katakan kerana kini banyak sekolah telah mengadakan pertandingan untuk mengembangkan potensi pelajar sebagi seorang pemimpin.Wahai rakan seperjuangan ku,ingatlah bahawa kiblat perjuangan kita pada usia muda ini adalah untuk membangkitkan satu semangat kepimpinan.Jadi sahutlah seruanku ini dan JADIKAN DIRIMU PEMIMPIN TERHEBAT.Assalamualaikum,Salam Ukhuwah.

Tuesday, November 23, 2010

Pantun Perpaduan


Di medan ini,diriku meperjuangkan cetusan hati seorang muda yang begitu cintakan perpaduan.

Ada kapal,ada kelasi,
Masa terluang menangkap ikan,
1 Malaysia Menjana Transformasi.
Perpaduan kaum diutamakan.

Pergi ke kedai beli buah longan,
Beli bersama seekor ikan,
1 Malaysia jadi pegangan,
Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan.

Pergi ke pasar membawa raga,
Pergi bersama dengan Karam,
Perpaduan kaum terus dijaga,
Supaya hidup aman dan tenteram.

Hujan petang membawa pelangi,
Pelangi tumbuh sekali sekala,
Pemimpin negara terus disayangi,
Rakyat jelata terus dibela.

Pergi ke kedai membeli bola,
Bola dibeli di kedai Hassan,
Dato Seri Najib sebagai idola,
1 Malaysia Jadi gagasan.


Sekian saja coretan ku ini.Assalamualaikum.

Dakwah Seorang Pemuda


Assalamualaikum pembuka bicara buat saudaraku,
Hidup ini penuh dgn pancaroba tetapi hdup mesti diteruskan.Hidup ini tidak lengkap jika tiada nasihat antara satu sama lain.Kita sebagai seorang muslim perlu bertindak dengan sepantas kilat jika kita melihat sesuatu yang tidak elok dipandang.Tetapi tindakan kita itu seperti tidak disokong.Kita mahu menasihati tetapi dimarahi.Inilah manusia yang bersifat tidak mahu mengukur baju di badan sendiri.Mereka tidak mahu mengaku kesalahan sendiri.Orang yang menasihati mereka akan terus menerus dihina,dicaci dan dipulau.Adakah mereka sudah buta hati?Mungkin soalan ini sesuai bagi perspektif perbincangan ini.Mereka tidak merasakan dakwah seseorang itu memberi manfaat kepada mereka.Mereka akn mengutuk habis habisan orang yang ingin membentuk mereka.Apatah lagi orang itu seorang sudah dibeci.Padahal mereka tidak sedar bahawa orang yang menegur mereka itu ingin membentuk mereka.Dan orang yang menegur mereka ini meneruskan perjuangan dakwah Nabi Muhammad.Masih wujud lagi manusia yang keras kepala sebegini.Diriku yang muda ini pernah menegur seorang muslimat yang berpakaian bkn spt wanita muslimah(baju yg ketat).Dengan rasa bangga dia mengatakan,kau nak tegur aku ye,woi kubur kite laen2 la.Dengan perasaan marah diriku membidas balik dan mengatakan Nabi tu kubur laen nga orang kafir tp nabi tetap tegur supaya mereka menjadi seorang yang mulia.Itulah perjuangan ku sebagai pemuda yang berdakwah.SALAM UKHUWAH,SALAM MAHABBAH.ASSALAMUALAIKUM

Saturday, November 20, 2010

Pengorbanan Seseorang

Dalam meniti hidup yang semakin mencabar,ramai manusia yang begitu taksub dengan harta kekayaan,rumah mewah dan tidak terlepas harta benda lain spt kereta dan juga telefon bimbit.Tidak pernah kah mereka bermuhasabah meniliti hidup yang mereka jalani.Tidak pernahkah terlintas di benak fikiran mereka mengenai orang lain yang jauh lebih daif,miskin dan sakit daripada mereka.Manusia yang hatinya sudah mati tidak akan berasa sedih,insaf dan kasihan apabila melihat orang yang ditimpa kesusahan.Kerana sebab itulah Allah menganjurkan kita supaya berkorban.Pengorbanan yang diteladani daripada seorang nabi yang unggul iaitu Nabi Ibrahim.Bukan setakat korban binatang tetapi mengorbankan diri dan masa ke jalan Allah.Nescaya orang seperti ini akan hidup di dalam rahmat Allah.Bukan nya susah untuk berkorban di jalan Allah.Korbankan mse untuk solat-solat sunat dan berzikir.Sedangkan diriku yang muda ini mampu berfikir.Agak pelik jika dirimu yang sudah berusia tidak mampu berfikir.SALAM UKHUWAH.Assalamualaikum

Friday, November 19, 2010

Satu Permulaan...........


Assalamualaikum pembuka bicara buat saudara seislamku.Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana telah meberi ku peluang dan ruang untuk membina blog yang tidak seberapa ini.Sebelum bibir mengutur bicara,sebelum kaki mengorak langkah izinkan diriku untuk memperkenalkan diri.diriku berusia 14 tahun.berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang dan belajar di SMK(A) Wataniah.Inilah tinta pertamaku.Salam