REMAJA


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Assalamualaikum


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Kelebihan Surah dalam Al Quran

(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah)
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya
terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan
jin,
daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan
barang
siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan
masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan
kepada pembaca.

(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya,
nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya
dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20
kali
sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh
Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya
terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang
yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya
akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa
sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli
rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.Barangsiapa berwudhuk
lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40
darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan
hurufnya,
seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut
dalam hadith yang lain : Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur,
nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan
mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika pembacanya
meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain
mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu,
nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri
yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang
berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid.
Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya
Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil
sekali
ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil
sekali ialah azab neraka.

(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu)
sebelum
tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan
mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan
terselamat dari kejahatan para penjahat.
(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang
buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat
sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

(36) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan
hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan
terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu hadith yang
lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas
pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan
meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."Dalam satu hadith yang lain pula
Baginda s.a.w bersabda: "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz
oleh tiap-tiap umatku." Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti
akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya
sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu
bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang
siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan
maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam,
andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid.
Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat,
nescaya
ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar,
ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan
kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah
ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah
Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi
cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.