REMAJA


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Assalamualaikum


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, January 31, 2011

Bersabar Dalam Berdoa

                                                                                                  
                                                                                                  



Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.? Lalu baginda ditanya oleh seseorang:?Apa maksudnya meminta dicepatkan??Jawab baginda:?Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:?Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.? (Muslim)

Huraian :

Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah ? Mungkin ada antara kita yang telah berdoa sesuatu namun tidak merasakan keberhasilannya. Selaku hamba, kita harus menyedari bahawa kita tidak berhak memaksa Allah kerana kitalah yang berhajatkan sesuatu bukan sebaliknya. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita atau mungkin Allah mempunyai ketentuan lain yang tidak kita ketahui. Mungkin juga doa kita bukan tidak dikabulkan tetapi ditunda waktunya atau diganti dengan yang lebih baik. Nabi Zakaria a.s adalah contoh manusia yang sangat kuat nilai kesabarannya. Baginda telah puluhan tahun berdoa agar dikurniakan zuriat namun belum dikabulkan Allah. Antara isi doa baginda ialah: Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. (Maryam:4) sehingga pada akhirnya Allah SWT memakbulkan permintaan baginda dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya. Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi iaitu jangan sekali-kali kecewa dalam berdoa..

Kelebihan Bismillah




Kalimat BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM adalah sangat singkat namun kadangkala
sangat sulit untuk di ucapkan. Dalam hadis Rasullullah SAW dikatakan:
Barangsiapa yang membaca BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM sebanyak 21 kali sebelum
tidur maka:

1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut/mendadak.
2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.
3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.
4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan.

Alkisah ada seorang Isteri yang selalu membaca BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM
setiap kali melakukan sesuatu, dalam membuka, menutup dan mengunci
pintu/almari, menaruh dan mengambil barang/sesuatu, membuka dan memakai
pakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan turun dari kenderaan,dll. Pokoknya
selalu membaca BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM pada saat akan melakukan sebarang
aktiviti. Sehingga dengan kebiasaannya tersebut sang suami merasa kesal dan
akhirnya
terlintas dibenaknya untuk menguji sang isterinya tersebut. Lalu suatu
ketika sang suami memberikan emas kepada isterinya dan mengatakan "Wahai
isteriku, ini aku amanahkan emas kepadamu. Simpanlah baik-baik". Lalu sang
isteripun menerimanya dengan mengucapkan BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM dan
membuka almari dengan mengucapkan BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM dan menaruh emas
tersebut dengan
mengucapkan BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM dan menutup/mengunci almari
dengan mengucapkan BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM. Setelah beberapa hari dan
kebetulan si isteri tidak ada dirumah, maka sang suami mengambil emas
tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke laut.

Lalu ia kembali kerumah, dan ketika isterinya pulang dia pun meminta kepada
isterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkan beberapa waktu lalu. Lalu
sang isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkan
BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM dia pun membuka pintu almari tempat ia menyimpan
emas tersebut. Lalu mengambil emas yang saat itu dalam keadaanbasah air
laut) lalu menyerahkannya kepada suaminya. Melihat emas tersebut basah sang
isteripun menjadi bingung dan bertanya kepada suaminya, lalu sang suamipun
bersujud dan beristighfar dan setelah itu menceritakan kejadian yang
sebenarnya bahwa dia (suami) telah membuang emas tersebut ke laut tanpa
pengetahuan sang isteri dengan tujuan untuk mengetahui manfaat dari
BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM.

Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimat
BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM selain dari itu masih banyak lagi manfaatnya,
yaitu: Kita disarankan untuk membaca BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM ketika kita
akan mengambil dan menaruh pakaian di gantungan,baik yang pakaian baru
maupun
yang baru kita gunakan. Tujuannya adalah agar pakaian tersebut tidak
digunakan oleh makhluk lain (gol. Jin), ini dapat kita lihat apabila kita
menaruh pakaian maka ketika kita gunakan kadang terasa gatal dan tidak
nyaman. Memang kita bisa mengatakan bahwa itu
adalah pengaruh lembab ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian
tersebut telah digunakan oleh makhluk lain dengan cara mereka.

Keutamaan kalimat BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM adalah lebih untuk kaum wanita
(pria juga) karena banyak juga dari golongan wanita yang tanpa disadari
olehnya sendiri(wanita tersebut) bahwa dia telah melakukan hubungan fizikal
dengan golongan jin. Mungkin terdengar tidak masuk akal namun ini benar
adanya. Oleh kerana itu kepada kaum wanita mulailah membiasakan diri untuk
membacanya. Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang
dapat kita peroleh dari mengucapakan
BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari, semoga
setelah membaca ini kita semua mulai dapat membiasakan diri untuk
mengucapkan
BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari, Amin.

Apa Itu Cinta?



Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.
Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Temanku......



Teman yang busuk menghantar 

menuju neraka jahim

 Teman yang baik menghantar

 menuju syurga naim
  

 Teman yang tidak baik akan menjerumuskan kita untuk mebuat dosa dan maksiat yang akibatnya adalah neraka sebagai akibatnya
  

 Teman yang baik akan mengingatkan kita dari segala perbuatan yang tidak baik dan mengajak kita untuk berbuat baik iman dan takwa.

Liga Super 2011-Kelantan vs Terengganu



Malam ini,gelanggang keramat The Red Warriors akan akan melayan kunjungan jiran Terengganu dalam aksi kedua Liga Super.Semangat kemenangan atas juara Liga Super 2010,Selangor akan diteruskan untuk membuktikan Kelantan sememangnya kuasa baru Malaysia.Kelantan yang mempunyai tonggak kegilaan ramai iaitu Khairul Fahmi Che Mat dan Norshahrul Idlan Talaha.

Namun kehadiran rakan sepasukan dalam skuad Malaysia iaitu Ashaari Shamsudin mungkin akan menambah rentak mereka seperti yang berlaku kepada skuad Selangor yang mempunyai tonggak kebangsaan seperti Safee Sali dan Safiq Rahim.Tetapi bermain di tempat sendiri menjadi tonik tambahan buat skuad The Red Warriors.Semoga berjaya

Rahsia Bulan Kelahiran


Memandangkan hari jadiku jatuh pada bulan Jun jadi seteelah dicari dalam laman sesawang yang lain,baru tahu kriteria diriku.

JUN
  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • Seorang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

Sunday, January 30, 2011

Ulama dan Pramugari

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah
negeri. Apabila tiba waktu solat, beliau pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh
kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa
membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.
Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke singki (washing basin),
seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.
Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke
dalam singki tu, sebab ia akan mengotorkan singki.
Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari
mencuci muka saudari dalam satu hari?
Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam
sehari.
Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima
kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.
  

 Sifat ulama yang mampu mematahkan hujah musuh amat dikagumi.

Lelaki Acuan Al Quran



Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang
Bersifat Jembalang

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.





Keistimewaan Wanita



1. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

2. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

3. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

4. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

5. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

6. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

7. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

8. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

9. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

10. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

11. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

12. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

13. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

14. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

15. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

Bila Gadis Hilang Rasa Malu


Gadisku,sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi tumpuan sang kumbang.Kau umpama sekuntum bunga,harum aromamu bisa menarik sang kumbang untuk mendekatimu.

Gadisku,aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah.Bentengilah dirimu dengan perasaaan malu yang bertunjangkan keimanan dan keindahan takwa kepada Allah hiasilah wajahmu dengan titisan wuduk.Ingatilah ciri seorang wanita solehah yang tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihatnya.Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga daripada sesuat yang terdedah

 Wanita solehah yang patuh dan taat kepada Allah dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam.Namun segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yang bersarang dalam hatimu,Lebih-legih lagi dengan title gadis yang engkau miliki,sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada.Nmaun ingatlah gadisku...sesiapa yang inginkan kebaikan,maka Allah akan memudahkan jalan-jalan baginya ke arah itu.Yang penting gadisku engkau miliki azam,usaha dan istiqamah.

Maher Zain-Insya Allah(Malay Version)

Orang asing juga menghargai Bahasa Melayu.Hayatilah lagu ini dengan perasaan rendah diri kerana Maher Zain boleh berusaha untuk menyanyikan lagu Insya Allah dalam Bahasa Melayu.

Versi Insya Allah Melayu Sudah Keluar

Bila melawat blog kawan saya tadi,terkejut bila ada satu video bertajuk Insya Allah Malay Version.Pada mulanya tak percaya tapi bila dengar Masya Allah memang betul.Nak tunjuk lambat nak upload.korang tgk sendiri la dalam youtube.Cuma di sini saya sediakan lirik.

Lirik Insya Allah – Maher Zain (Versi Melayu)

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Ulang Chorus
Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Saturday, January 29, 2011

Datuk M Karathu&Apek Terus Dijulang

Tempoh beberapa hari sudah cukup buat Datuk M Karathu untuk membimbing skuad The Red Warriors.Kontroversi yang melanda Kelantan langsung tidak mematahkan semangat pemain The Red Warriors apabila berjaya menumbangkan Red Giants pada perlawanan merebut Piala Sumbamgsih.Jaringan pertama Norshahrul Idlan Talaha sudah cukup membuktikan betapa longlainya barisan Red Giants.Jaringan cantik Badri Radzi juga membuktikan Kelantan mempunyai pemain yang mampu menjaringkan gol menerusi sepakan percuma.Tetapi yang menyakitkan hati ialah ada juiga pancaran laser kepada Khairul Fahmi Che Mat.Tetapi Apek seorang penjaga gol yang mempunyai sifat tabah.

Thursday, January 27, 2011

Cuti Sekolah Bermula

Tanggal 27/1/2011 bermula  cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina.Walaupun cuti,kerja sekolah yg dberikan cikgu mmg byk jd jadual yg btul prlu diatur untuk mgimbangi antara buat kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran.PMR 2011 pun smakin dkat dah.4/10/2011 selalu jadi ingatan apabila ingin guna facebook,tidur dan berehat kosong.Jadi terpaksalah buat kerja sekolah untuk mencapai yang disasarkan.Tapi yang menambahkan kerisauan ialah Peperiksaan Kendalian Berasaskan Sekolah 1(pkbs1)yg semakin menghampiri.Kegembiraan untuk menghadapi PKBS1 diragut apabila beberapa minggu sebelum PKBS1 bermula,sekolah dah rancang pelbagai aktiviti kokurikulum.Minggu pertama selepas buka sekolah pada 6/1/2011,brlangsungnya latihan n pertandingan merentas desa.Minggu kedua berlangsung pula acara sukan dan per mainan semata-mata ingin menjayakan 1MURID 1SUKAN.Terpaksa dikorbankan masa belajar.Sedih sangat tapi terpaksa redha je.Yang penting berjaya dalam peperiksaan .Jangan jadi seperi apa yg disebut dalam pepatah Mekayu,yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.

Thursday, January 13, 2011

Mendidik Seorang Pemimpin

Minggu yg dhdapi d skolah sbg seorang pengawas bgitu susah.Tp cbrn sbg pengawas scra umum n pmimpin khusus ny mmg agak bsr tp smua 2 mst dhdapi dgn tng dan sbar.Aq mmg btul dgn tugas sorg pngawas yg bgitu dititikbratkan disiplin mreka.tp aq brpgang pd kata2 ni"alnizomu asasul najah" dan "kullukum ro"i wa kullukum ro"i an ro"iyatihi".Dgn brpgang pd kata2 ini aq mnaikkan smgt aq.Tp rpa2 pengawas bgitu djaga thp kpimpinan ny.Di sekolahku,stiap perhimpunan msti ada slot"Pengawas Berkaliber".Yg bgitu mggembirakan ialah stiap pengawas msti mlibatkan dri.Slot ni mmg jd impian ku sjak f1 lg.Bru la bleh thu thp kpimpinan sorg itu.Tp aq tringat pd kwn ku yg agak lucu pnampilan ny,bleh ke dy brpidato.hehe. 

2 minggu di sekolah

Bumi Wataniah kembali menjadi hangat dgn prjuangan pra plajar nya yg bgitu smgt menghadapi tahun 2011.Apa yg tlah mnggmbirakan hati ku,gru2 f3 baek la.Ada ckgu tu msuk dlm klas bw rotan apalagi snyap la aq n kengkawan.Smpai stu msa,ckgu tu bgun n ckap,"knapa aqk smua snyap?brckp la ckit"lps tu aw n kengkawan glak smpai dgr kt Guangzhou.Ada sorg lg ckgu yg btol best iaitu ustaz.Aq n die mmg knal sjk dlu lg.Dy punya lawak,mmg original la.Klau dy wt lwk,aq glak smpai mnra eiffel pon bleh runtuh.Tp prsoklahan yg ckup yg mggmbirakan.Dlam ktngn mnghadapi hari2 indah,ada la stu geng yg bgitu tragis ble tgk aq.Yg mmningkan kpala ialah mreka brgrk dlm stu kmpulan.jd ia mnjadi sukar utk dtwskan.Redha je la.Yg pntg aq gmbira.